Sunday , 22 April 2018

Sunday , 22 April 2018

Bomba Keluarkan Lembu Tersepit

Bomba Keluarkan Lembu Tersepit

Parit : Anggota bomba menyelamatkan seekor lembu yang terperangkap dalam longkang berhampiran Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Parit, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 4.05 petang itu, haiwan itu terperosok ke dalam longkang sedalam 1.2 meter.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah, Salleh Mamat, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 4.20 petang.

Tujuh anggota bersama sebuah jentera tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian dan tindakan menyelamat haiwan itu dilakukan.

Kita turut mendapat kerjasama daripada orang awam yang menggunakan jengkaut bagi menarik keluar lembu menggunakan tali khas,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini di sinar harian.

Salleh berkata, selepas dikeluarkan, lembu itu dalam keadaan lemah dan hanya mampu berjalan ke kawasan hutan berhampiran kira-kira 15 minit selepas dikeluarkan.

Bomba Keluarkan Lembu Tersepit Reviewed by on . Parit : Anggota bomba menyelamatkan seekor lembu yang terperangkap dalam longkang berhampiran Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Parit, dekat sini, hari ini. Dalam Parit : Anggota bomba menyelamatkan seekor lembu yang terperangkap dalam longkang berhampiran Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Parit, dekat sini, hari ini. Dalam Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top