Sunday , 22 April 2018

Sunday , 22 April 2018

BN Perak Tidak Terpengaruh Dengan Kajian Invoke

BN Perak Tidak Terpengaruh Dengan Kajian Invoke

Ipoh : BN Perak tidak terpengaruh dengan Kaji Selidik Invoke Malaysia (Invoke)  yang mendakwa mendapat sokongan daripada kaum Melayu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14) kelak.

Pengerusi Badan Perhubungannya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kajian berkenaan tidak boleh diterima pakai kerana ia dijalankan Invoke iaitu badan yang terlibat secara langsung dengan parti pembangkang.

“Apabila ada satu kajian yang dibuat parti yang ada kepentingan, maka ia akan memberi makna tertentu. Kita tidak mahu terperangkap dengan kajian yang datangnya dari kelompok mereka (pembangkang) yang sememangnya mempunyai kepentingan atau memberikan makna tertentu.

“Mereka hanya memberikan gambaran yang menyeronokkan. Apabila kita seronok, kita akan berasa menang. Dalam perkara ini, kami melihat dari konteks setiap negeri dan daerah bukan kajian secara umum sebegitu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas mengikuti Executive Talk with Sister Sabria ‘Compassion without border’ di Dewan Bankuet Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri  hari ini.

Katanya, kajian yang dilakukan oleh BN menggunakan pendekatan berdasarkan konteks yang ada di Dun dan Parlimen kerana lebih praktikal dan nyata berbanding kajian sampling.

Bagaimanapun tambahnya, persiapan dan gerak kerja berterusan akan dilakukan untuk memastikan Perak agar tahap sokongan rakyat dapat dikekalkan dan ditingkatkan dari semasa ke semasa.

“Kita tidak boleh selesa dengan dapatan itu yang mungkin hanya mengelirukan rakyat dan mengelak daripada menjadi mangsa daripada terpengaruh dengannya,” katanya.

Terdahulu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan dalam ceramahnya malam tadi dapatan kajian Invoke bahawa Umno kukuh di Perak dan masih mendapat sokongan walaupun bertanding tiga penjuru atau satu lawan satu.

BN Perak Tidak Terpengaruh Dengan Kajian Invoke Reviewed by on . Ipoh : BN Perak tidak terpengaruh dengan Kaji Selidik Invoke Malaysia (Invoke)  yang mendakwa mendapat sokongan daripada kaum Melayu bagi menghadapi Pilihan Ray Ipoh : BN Perak tidak terpengaruh dengan Kaji Selidik Invoke Malaysia (Invoke)  yang mendakwa mendapat sokongan daripada kaum Melayu bagi menghadapi Pilihan Ray Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top