Wednesday , 22 November 2017

Wednesday , 22 November 2017

Bincang Dahulu, Baru Umum – Muhyiddin

Bincang Dahulu, Baru Umum – Muhyiddin

Kuala Lumpur : Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil pendekatan berdiam diri berkaitan dengan calon perdana menteri untuk Pakatan Harapan.

Menurutnya, jika pemimpin Pakatan Harapan berterusan dengan isu ini, implikasinya adalah pada pengundi.

“Selagi tak capai kata sepakat, elok tidak keluar apa-apa kenyataan kerana ia boleh jejaskan keyakinan pengundi.

“Rakyat sekarang mahukan pemimpin yang boleh memimpin negara, tidak kira individu daripada mana-mana parti pun, asalkan layak, tentu disokong,” katanya ketika sidang media PPBM, Khamis.

Terdahulu, Pakatan Harapan belum mengadakan sebarang perbincangan mengenai calon perdana menteri sekiranya mereka menang dalam PRU14.

Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pemilihan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri adalah cadangan di peringkat PKR sahaja.

Sementara itu, Muhyiddin meminta supaya tidak ada sikap mementingkan parti berbanding rakyat.

“Pemimpin tidak boleh bersikap pentingkan parti melebihi rakyat kerana apa yang rakyat inginkan adalah lebih penting daripada apa yang parti mahukan,” katanya lagi. -Sinar Harian

 

Bincang Dahulu, Baru Umum – Muhyiddin Reviewed by on . Kuala Lumpur : Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil pendekatan berdiam diri berkaitan dengan calon perdana menteri Kuala Lumpur : Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil pendekatan berdiam diri berkaitan dengan calon perdana menteri Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top