Thursday , 19 October 2017

Thursday , 19 October 2017

Bercuti Di Bali, Memang Terbaek

Bercuti Di Bali, Memang Terbaek

Bali, sebut jek Bali mesti ramai yang terfikir mengenai pantainya. Malah pasti ada yang akan cakap apa yang ada selain pantai di sana. Okey memang tak dinafikan pantai di Bali kebanyakkan superb. Dan jika kita baru pertama kali nak kesana memang tak mampu nak menjelajah ke semua pantai di sana. Ada orang yang pergi lebih 5 kali pun masih tak puas jelajah Bali. Jadi kami senarai beberapa tempat menarik wajib Bali yang mesti anda kunjungi jika kesempatan ke sana ya.

1.Pantai Kuta
Pantai Kuta ini merupakan pantai paling popular di Bali, bukan kerana airnya terlalu jernih atau apa tetapi kerana di Kuta segala kemudahan senang diperolehi. Jadi bagi yang malas nak pening kepala, datang saja Bali stay kat Kuta pastinya pantai ini saja menjadi pilihan sebab malas nk drive jauh2, guna supir dan sebagainya. Di Kuta macam-macam kemudahan seperti kedai dan tempat hiburan semua ada. Malah di Kuta jugala ada Hard Rock selain berdekatan dengan dua lokasi iaitu Legian dan Seminyak yang selalu menjadi pilihan untuk menginap dan melepak kerana berdekatan dan mudah bergerak dengan motor yang ternyata lebih jimat.

2.Pantai Padang Padang
Pantai ni kalau ikutkan besar, cuma apabila kita semua berkumpul, pantai tersebut kelihatan seperti kecil sedikit kerana semua berkumpul di satu kawasan pantai yang sama. Nak ke sana anda akan melalui tempoh sedikit sempit dan sila berhati2 ada monyet menunggu anda. Pantai, airnya berombak dan peminat surfing masih boleh buat aktiviti tersebut namun haruslah ke tengah laut. Malah pantai ini lah menjadi destinasi penggambaran filem Eat, Pray , Love lakonan Julia Roberts. Nak ke padang-padang ini sememangnya anda harus menggunakan kereta tak kisahla Grab atau supir kerana rasanya memang semua pantai di Bali jauh-jauh dari kawasan hotel.

3. Pantai Dreamland
Pantai ini antara yang menarik, airnya sangat jernih dan ombaknya besar di gigi air. Menariknya di sini bagi anda yang tak reti langsung surfing, anda boleh cuba-cuba surfing di sini dengan menggunakan papan luncur yang siap ada tali yang boleh diikat di tangan. Peralatan itu akan ditawarkan kepada anda oleh orang-orang pantai di sini. Panas memang panas, tapi jangan risau di pantai ini disediakan payung2 besar dan kerusi untuk berehat tapi bukan free ya kena sewa..huhu

4.Pantai Greenbowl
Pantai ini agak unik nak ke sana. Selain memerlukan supir atau kereta kerana jauh dari Bandar, untuk sampi ke pantai tersebut, agak mencabar. Anda perlu meredah tangga yang agak curam dan tinggi. Untuk turun masih lagi okey, nak naik memang termengah-mengah2 dan tercungap-cungap tajuk albumnya.Tapi dah sampai airnya memang cantik dan suasananya nyaman. Jadi jika mahu ke sana sila bersedia dari segi mental dan fizikal. Tapi kami tak galakkan sangat anda ke sana, selain penat nak turun pantai, apabila sampai kawasannya kecil dan terhad. Setakat air laut yang cantik melambak pantai di Bali yang boleh dikunjungi.

5. Pantai Blue Point
Pantai ini memang tempat untuk penggemar surfing. Ombak yang besar dan air yang jernih usah dipertikaikan. Untuk pengunjung yang tak melakukan aktiviti air rasanya tak perlukan ke sini, kerana selain jauh apabila sampai untuk ke pantai agak ke jauh ke bawah pula nak kena turun. Tapi untuk bergambar apa salahnya, kerana pemandangan sangat indah dan anda tak perlu turun ke bawah.

6. Pantai Nusa Dua & Pantai Water Blow
Pantai Nusa Dua memang tak dinafikan sangat cantik. Nusa Dua terbahagi beberapa pantai kerana di Nusa Dua ada banyak resort dan hotel mahal di sini. Malah Raja Arab bercuti dulu pun dikatakan duduk sekitar pantai ini. Di sini anda boleh buat beberapa aktiviti sukan air selain berehat. Dalam pantai Nusa Dua ini juga terdapat sebuah kawasan kecil yang di panggil Pantai Water Blow. Jika berkesempatan singgah ke sana anda akan dapat melihat keindahan ombak laut yang sangat besar selain batu-batu besar di sekitarnya.

6. Kuil Uluwatu & Tarian Kecak
Kawasan ini panaromanya memang menawan. Sejuk mata memandang keindahan sekelilingnya. Bagi yang gila bergambar memang ini antara lokasi wajib anda kena pergi. Cuma di sini untuk anda bersiar-siar menyaksikan keindahan alamnya anda akan terganggu sedikit dengan kehadiran monyet-monyet yang ada disekitarnya. Monyet di sini cukup advance kerana bukan saja mengambil makanan orang ramai, bahkan spek mata pengunjung turut disapunya.Malah di sini anda boleh lihat sunset dan tarian kecak.

7. Tanah Lot
Jika ke Bali, tak sah sekiranya tak singgah di Tanah Lot ini. Mengikut kisah lagenda tempat ini merupakan tempat untuk menyeru dewa laut.Lokasi ini menempatkan sebuah kuil yang sangat besar di atas batu karang. Dalam Tanah lot ada gua kecil yang dikelilingi ular-ular suci mengikut kepercayaan masyarakat di sana. Jika air laut surut , pengunjung boleh ke kuil itu, namun jika air pasang, pengunjung tak bolehlah ke sana. Sekadar mengambil gambar dari pantai. Namun pemandangannya memang indah selain deruan ombak yang kuat. Dekat sini pun boleh tengok sunset.

8. Sunset Di Pantai Jimbaran
Bagi yang sukakan kedamaian, suasana romantik anda bolehlah mengunjungi Pantai Jimbaran. Sepanjang pantai ini dipenuhi kedai makan dan minum secara santai. Malah beberapa kedai turut menghiburkan pengunjung dengan alunan muzik secara live band di sana. Selepas menikmati makanan mahupun muzik anda bolehla menantikan sunset di sana.

9. Tengok Dolphin Di Pantai Lovina
Kalau teringin tengok dolphin melompat-lompat bolehlah singgah ke Pantai Lovina. Nak tengok dolphin ini kerana pergi awal pagi dalam jam 3 pagi. Perjalanan jauh jualah dari Bandar nak ke pantai tu. Kena pastikan sampai sana sebelum pukul 6pagi sebab dalam pukul 7 pagi ke atas dolphin dan mula muncul. Lama juga kadang-kala nak tunggu dolphin tu keluar berjemaah, tapi InsyaAllah dolphin tersebut akan muncul.

10. Kintamani & Gunung Batur
Kalau teringin nak tengok gunung berapi aktif, anda boleh singgah ke kawasan Kintamani. Sampai di sini pengunjung selalunya berpeluang makan tengahari sambil menikmati sendiri pemandangan gunung berapi di Gunung Batur serta keindahan sekelilingnya. Namun bagi kami, apabila sampai di sana, pemandangannya biasa jek. Tapi buat penggemar kawasan hijau anda bolehla mencuba makan di situ. Tapi bagi kami sedikit tak berbaloi kerana makanannya agak mahal.

11. Ubud Tegalalang Rice Terrace.
Ubud Tegalalang Rice Terrace merupakan sebuah kawasan penanaman padi di lereng bukit dengan sekelilingnya kebun kelapa dan hutan. Pemandangan yang cantik menghijau dan sekeliling anda akan dapat lihat kedai souvenir.

12. Air Terjun Git-Git
Air terjun ni ada 2 pintu masuk, bergantung kepada supir yang membawa anda. Macam kami bernasib baik kerana dapat masuk menerusi pintu masuk di tepi jalan yang sedikit dekatla nak ke air terjun ini. Apabila sampai di sana, memang menabjubkan air terjunnya tapi nak mandi memang macam tak logik sikit sebab airnya sangat deras dan banyak batu-batu , rasanya bahaya skit sekadar untuk bergambar dan melihat keindahannya ok kot.

13. Kedai Cenderamata

Haa.. mesti ramai nak tahu mana nak beli ole-ole Bali kan.. Senang jek, jika anda malas nak beli kat tepi jalan nak minta-minta tawar silalah singgah ke Krisna dan Agung Bali. Lokasinya dalam bangunan anda tak perlu nak berpanas dan harganya memang dah murah. Janganlah bezakan harganya dengan penjual yang menjual di tepi jalan, tapi ikut pengalaman kami memang dah murah dah. Tak payah pening-pening nak minta tawar lagi.

14. Supir
Memang tak sah, kalau ke bali tak menggunakan perkhidmatan supir ini. Memang pada mulanya kami pun ingat redah berjemaah naik motor ke grab ke apa, last-last malas nak pening kami memilih mahu guna supir. Bukan apa dari satu pantai ke pantai pun memang jauh, jadi kalau naik motor mahu kematu bontot ya. Kat sini kami nak rekomen supir dari Wood & Steel Travel Agency bernama Abdul Gafur. Peh, Abdul ini, memang terbaek. Selain sporting, Abdul memang memberikan perkhidmatan yang cukup memuaskan hati. Jika tak tahu nak ke mana, bincang jek dengan Abdul dia akan suggest lokasi, jika anda ada intenary sendiri pun, Abdul ok jek. Malah dia jua ada menyediakan beberapa pakej percutian di Bali. Paling penting dengan Abdul ni, kita yang muslim ni nak makan tak takut kerana dia akan bawa kita ke kedai makanan halal. Yela Bali kan majoritinya non muslim, jadi kalau main redah makan, jangan terkejut kalau yang ditelan tu …..apa pun, memang tak rugi jika ambil Abdul, dari segi harga nanti boleh kawtim ya.

Bercuti Di Bali, Memang Terbaek Reviewed by on . Bali, sebut jek Bali mesti ramai yang terfikir mengenai pantainya. Malah pasti ada yang akan cakap apa yang ada selain pantai di sana. Okey memang tak dinafikan Bali, sebut jek Bali mesti ramai yang terfikir mengenai pantainya. Malah pasti ada yang akan cakap apa yang ada selain pantai di sana. Okey memang tak dinafikan Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top