Thursday , 19 October 2017

Thursday , 19 October 2017

Apple Lancar 3 Model Baharu: iPhone X, 8, 8 Plus

Apple Lancar 3 Model Baharu: iPhone X, 8, 8 Plus

Kuala Lumpur : Peranti iPhone 8 dan 8 Plus yang dilancarkan itu merupakan versi penambahbaikan kepada iPhone 7 dan iPhone 7 Plus di mana Apple mengemaskini beberapa ciri utama yang terdapat pada produk semasa.

Melalui model baharu itu juga, Apple akhirnya telah menambah sokongan pengecasan pantas seperti yang terdapat pada model-model kebiasaan peranti premium.

Biarpun tidak berkongsi lanjut mengenai teknologi ini, Apple mengatakan pengguna boleh mengecas sehingga 50 peratus dalam masa sekitar 30 minit.

Kadar kamera belakangnya juga ditingkat kepada setinggi 12 megapiksel dengan fungsi fokus auto pantas ketika pencahayaan rendah, pemprosesan piksel lebih baik dan buat pertama kali, pengurangan ‘multiband noise’ pada perkakasan.

Ciri kamera baru, Portrait Photo Lighting diperkenalkan membolehkan pengguna memilih sendiri kesan pencahayaan yang mahu digunakan untuk foto dan ia bukannya ‘filter’.

Pembesar suara iPhone 8 juga 25 peratus lebih kuat berbanding iPhone 7 dan seperti sebelumnya, ia mempunyai keupayaan rakaman video 4K pada 60fps serta 1080p pada 240fps.

Cip A11 baru dalam iPhone 8 hebat bersama keupayaan teknologi kecerdasan buatan (AR) yang menjadi penggerak masa depan.

Buat iphone X pula, ia merupakan percubaan pertama kali pihak Apple dalam penggunaan teknologi paparan OLED.

Apple Lancar 3 Model Baharu: iPhone X, 8, 8 Plus Reviewed by on . Kuala Lumpur : Peranti iPhone 8 dan 8 Plus yang dilancarkan itu merupakan versi penambahbaikan kepada iPhone 7 dan iPhone 7 Plus di mana Apple mengemaskini bebe Kuala Lumpur : Peranti iPhone 8 dan 8 Plus yang dilancarkan itu merupakan versi penambahbaikan kepada iPhone 7 dan iPhone 7 Plus di mana Apple mengemaskini bebe Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top