Monday , 23 April 2018

Monday , 23 April 2018

Anak Saya Tak Gila -Ibu Iqram Dinzly

Anak Saya Tak Gila -Ibu Iqram Dinzly

Ipoh : Ibu pelakon Iqram Dinzly, Lalitol Akmar  Mohamed Shaffie, 68, tidak khuatir dengan pandangan masyarakat terhadap anaknya.

Meskipun ada yang mengatakan Iqram Dinzly gila, namun sebagai ibu, dia lebih memahami anaknya.

“Dia memilih untuk berkecimpung dalam dunia seni, di mana dia sememangnya tidak boleh lari daripada cacian dan makian. Dari hujung rambut sampai hujung kaki, orang akan masih berkata tentang dirinya.


“Saya bersyukur kerana sekarang ini, dia sentiasa berada dekat bersama saya. Dia ingin buat apapun, buatlah asalkan tidak menyimpang daripada ajaran Islam. Saya sebagai ibu lebih mengerti sikapnya luar dan dalam,” jelas Lalitol Akmar.

Ditanya, sama ada Iqram mempunyai sejarah sakit mental atau berkaitan, Lalitol Akmar hanya mampu tertawa sambil menegaskan, anaknya masih siuman. Dia juga sudah ‘masak’ dengan tingkah laku Iqram yang sukar dijangka.


“Hari-hari saya tengok dia di depan mata. Dia banyak membantu saya memasak, mengemas dan makan masakan saya. Dia okey sahaja, usah risau.

“Kebanyakan masa dia buat video atau live video di Instagram, saya ada di rumah dan tengok dia buat aksi yang hangat diperkatakan orang ramai. Adik-beradik dan keluarga rapat pun ada. Kami tengok pun tergelak sama. Kadang-kadang, kalau terlalu keterlaluan saya nasihatkan dia juga supaya jangan buat dan dia tidak membantah,” kata Lalitol Akmar lagi.

Katanya lagi, dia tidak terkejut dengan perubahan perbuatan atau fesyen Iqram ketika mula-mula dia menjadi bualan rakyat Malaysia. Pada hemat Lalitol Akmar, Iqram masih Iqram yang dulu cuma sekarang dia sudah tidak berminat lagi untuk berlakon dan semakin matang dari segi pemikiran.

“Selepas bapanya, Allahyarham Muhammad Saipuddin Ahmad Said meninggal dunia, memang diakui, ia memberi kesan terhadap hidupnya. Bukan saja dia, saya juga terkesan. Dia berubah dari segi berpakaian dan perbuatan, tiada salahnya kerana dia masih seorang anak dan Muslim yang baik.

“Sebagai seorang ibu, saya sentiasa memberi sokongan kepadanya. Alhamdulillah, sekarang dia tinggal bersama saya dan amat terlindung dengan keberadaannya di sini. Kita doakan sahaja dia tidak apa-apa. Itu lebih baik daripada memberi komen tanpa usul periksa di laman sosial,” tutup Lalitol Akmar yang sempat menjamu kunjungan kru Kosmo! dengan hidangan nasi vanggey sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, tegas Iqram, dirinya bukan mahu memburu perhatian sebaliknya mengakui dia masih waras dan hanya menjadikan media sosial sebagai platform untuknya meluahkan pandangan terhadap kejadian berlaku di persekitarannya.

Anak Saya Tak Gila -Ibu Iqram Dinzly Reviewed by on . Ipoh : Ibu pelakon Iqram Dinzly, Lalitol Akmar  Mohamed Shaffie, 68, tidak khuatir dengan pandangan masyarakat terhadap anaknya. Meskipun ada yang mengatakan Iq Ipoh : Ibu pelakon Iqram Dinzly, Lalitol Akmar  Mohamed Shaffie, 68, tidak khuatir dengan pandangan masyarakat terhadap anaknya. Meskipun ada yang mengatakan Iq Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top