Slug Anak Husam Dadah Kota Bharu 22 November 2017 Anak lalaki Datuk Husam Musa ,Ahmad Syafi di hadapkan ke Mahkamah Majisteret Kota Bharu di sini hari ini atas tuduhan memiliki dadah jenis mithamphetamine seberat 20.0gram di sebuah rumah di kampung jelutong pada 18 November lalu Gambar Rosni Masri pemberita Nor Afiqah Mat Nor / Mohd hafiz Abdul Mutalib

Tertuduh, Ahmad Syafi, 29, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.

Mengikut pertuduhan, Ahmad Syafi didakwa memiliki dadah berbahaya jenis syabu seberat 20 gram di sebuah rumah di Lot 409, Jalan Pasir Mas-Salor, Kampung Jelutong di sini pada pukul 3.30 petang, 18 November lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan maksimum sembilan sebatan, jika sabit kesalahan.