Thursday , 19 October 2017

Thursday , 19 October 2017

Agihan Kerusi HARAPAN Selesai November Ini

Agihan Kerusi HARAPAN Selesai November Ini

Kuala Lumpur : Pakatan Harapan (HARAPAN) mahu menyelesaikan pembahagian kerusi antara parti kompenan bagi persediaan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) selewat-lewatnya pada bulan depan.

Timbalan pengerusinya, Mohamad Sabu berkata perbincangan di peringkat pimpinan tertinggi HARAPAN mengenai perkara itu sedang berjalan.

“Di peringkat pusat sedang berbincang, bagi kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia sudah 80 peratus selesai dan beberapa tempat akan diselesaikan.

“Kita mahu selesai sebelum konvensyen nasional pada bulan November,” katanya kepada Malaysiakini ketika menghadiri Majlis Makan Malam Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan di Tok Bali, Pasir Puteh, malam tadi.

Ditanya mengenai isu perebutan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan antara parti komponen HARAPAN, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, itu hanyalah perkara biasa dalam proses perundingan.

“Itu biasa, setiap parti mahu bertanding dan kita masih berbincang. Di Kelantan kita dah tubuh jawatankuasa, Insya-Allah akan diselesaikan segera,” katanya yang juga presiden AMANAH.

Terdahulu,¬†Malaysiakini¬†melaporkan hasrat DAP untuk meletakkan calon di kerusi DUN Kota Lama sedikit ‘terencat’ selepas ada rakan-rakan parti yang turut mempunyai hasrat sama.

Selepas lebih 30 tahun, DAP sebelum ini mengumumkan hasrat mereka untuk bertanding di Kelantan dengan sasaran dua kerusi DUN iaitu di Kota Lama dan Galas.

Untuk rekod, kali terakhir DAP mempertaruhkan calon mereka pada 1986 di Kelantan bagaimanapun gagal memenanginya.

 

 

Agihan Kerusi HARAPAN Selesai November Ini Reviewed by on . Kuala Lumpur : Pakatan Harapan (HARAPAN) mahu menyelesaikan pembahagian kerusi antara parti kompenan bagi persediaan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) selewat-lewat Kuala Lumpur : Pakatan Harapan (HARAPAN) mahu menyelesaikan pembahagian kerusi antara parti kompenan bagi persediaan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) selewat-lewat Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top