Tuesday , 12 December 2017

Tuesday , 12 December 2017

Afifah Nasir Dakwa Jadi Mangsa Keadaan

Afifah Nasir Dakwa Jadi Mangsa Keadaan

Kuala Lumpur : Pelakon baru Afifah Nasir akhirnya membuka mulut mengenai kisahnya bersama Aliff Aziz.

Setelah dua minggu dikritik orang ramai akibat akibat ditangkap berkaraoke dengan pelakon Aliff Aziz, Afifah Nasir, hari ini tampil, mengemukakan bukti bahawa selama ini dia yang menjadi mangsa keadaan.

Afifah dalam sidang akhbar hari ini menjelaskan dia bukanlah perempuan jahat sebaliknya teraniaya dan terjerat dengan keadaan.

Jelas adik kepada Anzalna ini, dia hanya melayani kerenah Aliff bagi memudahkan kerja semua pihak dan melancarkan penggambaran drama Izinkan Aku Mencintaimu.

Kata Afifah, penggambaran drama berkenaan sepatutnya selesai selama sebulan tetapi sudah mengambil masa lebih dua bulan kerana masalah disiplin Aliff yang sering tidak hadir ke lokasi.

“Saya terkilan apabila terpaksa menanggung semua perkara seorang diri. Saya menangis kerana berasa bodoh dan terlalu mudah mendengar kata orang,” jelas Afifah yang bagaimanapun tidak menyalahkan mana-mana pihak berhubung isu itu.

Tambahnya sidang media hari ini diadakan bagi merungkai segala persoalan yang dilemparkan kepadanya.

“Saya mahu menjelaskan situasi sebenar bahawa saya bukanlah jenis perempuan seperti yang didakwa semua. Saya tahu dosa pahala,” katanya.

Afifah, 24, turut menafikan ada menjalin hubungan dengan Aliff sebagaimana yang didakwa isteri pelakon berkenaan, Dayang Nabella Awang Astillah.

“Saya mengakui bersalah kerana membenarkan suaminya, Aliff memegang tangan saya dan atas kesalahan itu saya memohon maaf. Saya faham keadaan Bella dan tidak menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku,” jelas Afifah.

Menerusi sidang akhbar yang diadakan di pejabat guaman Ahmad Deniel Ruben & Co, Publika tersebut, Afifah turut memperdengarkan rakaman perbualan telefon kakaknya, Anzalna bersama salah seorang kru produksi mengenai situasi sebenar hubungannya dengan Aliff sehingga berlakunya insiden di pusat karaoke, pada Khamis, 27 Julai lalu.

Dalam rakaman tersebut, Anzalna merungkai semua idea pihak produksi yang mempergunakan adiknya hanya kerana mahu memastikan kehadiran Aliff ke lokasi penggambaran.

Antaranya, produksi sememangnya meminta Afifah agar melayani Aliff dengan baik sama ada di lokasi mahupun balasan mesej menerusi Whatapps.

 

Afifah Nasir Dakwa Jadi Mangsa Keadaan Reviewed by on . Kuala Lumpur : Pelakon baru Afifah Nasir akhirnya membuka mulut mengenai kisahnya bersama Aliff Aziz. Setelah dua minggu dikritik orang ramai akibat akibat dita Kuala Lumpur : Pelakon baru Afifah Nasir akhirnya membuka mulut mengenai kisahnya bersama Aliff Aziz. Setelah dua minggu dikritik orang ramai akibat akibat dita Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top