Tuesday , 12 December 2017

Tuesday , 12 December 2017

ADUN DAP Diarah Keluar DUN Perak

ADUN DAP Diarah Keluar DUN Perak

Ipoh : Speaker DUN Perak, Datuk S Thangasvari, mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji dari DAP, Howard Lee Chuan How dkeluar dewan kerana gagal mematuhi Perintah Tetap 44 (2) DUN Perak.

Chuan How turut digantung daripada menghadiri Sidang DUN Perak sehingga persidangan tamat petang ini.

Jelas Thangasvari, Chuan How tidak menghormati dan mengikuti arahannya ketika DUN bersidang dan menimbulkan kekecohan.

Kekecohan berlaku selepas Chuan How mengusulkan supaya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib(BN-Slim) dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan selepas didakwa mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya ketika sesi perbahasan pada 24 November lalu.

Selepas berbalas hujah antara ADUN BN dan pembangkang selama kira-kira 30 minit, Thangasvari kemudian memutuskan supaya Chuan How diarahkan keluar dewan.

Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid (BN-Kamunting) turut bangun dan mengusulkan Perintah Tetap 44 (3) supaya Chuan How digantung perkhidmatannya sebagai ahli dewan sehingga dewan tamat bersidang hari ini.

Usul berkenaan kemudian dipersetujui wakil kerajaan dan Chuan How kemudian diiringi Bentara Dewan untuk keluar dewan dan diikuti oleh semua ADUN pembangkang kecuali empat ADUN PAS.

ADUN DAP Diarah Keluar DUN Perak Reviewed by on . Ipoh : Speaker DUN Perak, Datuk S Thangasvari, mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji dari DAP, Howard Lee Chuan How dkeluar dewan kerana gag Ipoh : Speaker DUN Perak, Datuk S Thangasvari, mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji dari DAP, Howard Lee Chuan How dkeluar dewan kerana gag Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top