Friday , 21 July 2017

Friday , 21 July 2017

Adam Hamid Disahkan Hidap Jangkitan Paru-Paru

Adam Hamid Disahkan Hidap Jangkitan Paru-Paru

Kuala Lumpur : Pelakon dan pengarah, Adam Hamid yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak Sabtu lalu disahkan menghidapi jangkitan kuman pada paru-paru.

Perkara itu disahkan oleh adiknya, Abdul Haniff Karamdin, 34.

“Dia selalu sangat menghidapi demam yang tidak kebah. Sejak Ramadan lalu, keadaan kesihatan dia semakin merosok. Kami sekeluarga ada membawanya menjalani rawatan moden dan tradisional namun dia masih tidak sihat sepenuhnya.

“Pada mulanya, apabila dibawa berjumpa doktor dia disyaki menghidap penyakit tibi namun setelah diberi rawatan, dia masih lagi sakit. Kami bawa di ke PPUM dan doktor mengesahkan dia menghidapi penyakit jangkitan pada paru-paru,” ujar Haniff yang dihubungi Kosmo sebentar tadi.

Tambah Hanif lagi, Adam yang cukup popular dengan drama Sayang di Sayang dan filem Pontianak Harum Sundal Malam itu akan diberikan ubat antibiotik yang kuat untuk merawat penyakit tersebut.

Pelakon kacukan Kelantan-Pakistan itu pernah mengarah drama fantasi seperti Duyung Aridinata, Sumpah Bunian dan Julia Juli Bintang Tiga. Tidak lagi aktif dalam dunia seni, Adam turut melibatkan diri dalam dunia politik.

 

Adam Hamid Disahkan Hidap Jangkitan Paru-Paru Reviewed by on . Kuala Lumpur : Pelakon dan pengarah, Adam Hamid yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak Sabtu lalu disahkan me Kuala Lumpur : Pelakon dan pengarah, Adam Hamid yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak Sabtu lalu disahkan me Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top