Saturday , 19 August 2017

Saturday , 19 August 2017

3 Pegawai Polis Melaka Direman

3 Pegawai Polis Melaka Direman

Melaka : Dua ketua polis daerah (OCPD) dan seorang pegawai polis kontinjen negeri (IPK) Melaka direman enam hari, petang ini.

Mereka yang berusia antara 46 hingga 54 tahun, direman bermula hari ini hingga 22 Mei bagi membolehkan siasatan rasuah membabitkan kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di beberapa lokasi sekitar Melaka.

Difahamkan, dua OCPD terbabit dari Melaka Tengah dan Jasin.

Mereka ditahan pagi tadi. Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Muhamad Safuan Azhar selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu mahkamah sama pagi tadi mengeluarkan perintah reman bagi kes sama terhadap tiga pegawai polis dan tiga orang awam selepas mereka ditahan di sekitar Melaka semalam.

Semua suspek disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(B) dan 17(a) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

3 Pegawai Polis Melaka Direman Reviewed by on . Melaka : Dua ketua polis daerah (OCPD) dan seorang pegawai polis kontinjen negeri (IPK) Melaka direman enam hari, petang ini. Mereka yang berusia antara 46 hing Melaka : Dua ketua polis daerah (OCPD) dan seorang pegawai polis kontinjen negeri (IPK) Melaka direman enam hari, petang ini. Mereka yang berusia antara 46 hing Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top