Thursday , 19 October 2017

Thursday , 19 October 2017

3 Kali Berak Kat Dobi Orang

3 Kali Berak Kat Dobi Orang

Kuala Lumpur : Beberapa gambar hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang remaja perempuan membuang air besar di hadapan kedai dobi layan diri di Lobak, dekat Seremban, Negeri Sembilan tular di media sosial.

Pengusaha kedai dobi tersebut mendakwa remaja berkenaan melakukan perbuatan tidak senonoh itu sebanyak tiga kali dalam kejadian berasingan.

Datuk Adzwan Ab Manas, 42, berkata, insiden pertama pada awal bulan lepas, disusuli kejadian kedua 18 September dan yang terbaharu Selasa lalu, masing-masing antara pukul 1 tengah hari dan 3 petang.

Beliau yang mulanya menyangka ia adalah najis yang ditinggalkan haiwan yang berkeliaran memberitahu insiden kedua dapat merakamkan remaja tersebut berpakaian sekolah ketika membuang air besar.

“Saya amat marah dan kesal dengan perkara yang berlaku, lebih-lebih lagi remaja berkenaan ditemani seorang wanita yang dipercayai ibunya. Saya percaya mereka adalah orang yang sama.

“Bukan setakat tiga kali berak, tapi dalam insiden pertama, wanita yang menemani remaja tersebut dikesan dalam CCTV mengambil keluar bakul baju dan tong sampah yang diletakkan di kedai untuk kegunaan pelanggan,” katanya.

Berikutan kejadian itu, Adzwan yang mengusahakan kedai dobi sejak tiga tahun lalu tidak lagi menyediakan bakul baju untuk kemudahan pelanggannya.

“Hanya kotak besar diletakkan di kedai bagi menggantikan tong sampah,” katanya yang mendakwa sebelum ini lebih 20 bakul baju dan 10 tong sampah di kedainya hilang tetapi tidak diketahui individu yang melakukannya setiap kali ia dicuri.

Bagaimanapun, beliau tidak pasti motif kejadian kerana terdapat beberapa premis makanan berdekatan yang menyediakan kemudahan tandas, termasuk tandas awam di medan selera.

“Saya percaya ia adalah perbuatan yang disengajakan sebab dah tiga kali berlaku di tempat sama. Bagi saya, ia satu tindakan biadab dan kurang ajar,” katanya di laman Facebook.

Akibat tidak tahan dengan tindakan menjijikkan itu, beliau mengambil keputusan untuk membuat laporan polis pada petang Khamis.

Terdahulu, pada sebelah tengah hari, beliau bersama pekerjanya memerhati dari jauh sekiranya kedua-dua mereka datang kembali ke kedainya.

“Marah saya dah tahap maksimum. Nasib saya tak baik sebab tak jumpa mereka. Kalau ada, dah tentu saya akan bawa mereka ke balai polis,” kata Adzwan.

Mengenai laporan polis, Adzwan berkata, ia dibuat kerana perbuatan tersebut melampau dan mahu membersihkan tanggapan buruk terhadap kedai dobinya.

“Saya berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan dan mengenal pasti mereka yang melakukannya perbuatan biadab itu,” katanya.

 

3 Kali Berak Kat Dobi Orang Reviewed by on . Kuala Lumpur : Beberapa gambar hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang remaja perempuan membuang air besar di hadapan kedai dobi layan di Kuala Lumpur : Beberapa gambar hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang remaja perempuan membuang air besar di hadapan kedai dobi layan di Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top