Menurut Zainal Abidin, tindakan keluar parti secara beramai-ramai itu dibuat kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti tersebut yang hanya tahu merebut jawatan tanpa memikirkan nasib akar umbi.

 Katanya, tindakan beliau serta ahli PPBM kedua-dua cawangan itu kembali kepada UMNO setelah menyedari bahawa hanya parti keramat itu sahaja yang benar-benar memperjuangkan orang Melayu, agama Islam dan tanah air.

“Kepimpinan tertinggi PPBM asyik berebut jawatan sehinggakan nasib kami langsung tidak dipedulikan malah jawatan yang dijanjikan pun hilang entah kemana

“Jadi kami asyik tertanya-tanya ke mana arah kami sekiranya perebutan itu terus berlaku. Lebih baik kami pulang ke pangkal jalan dan kembali kepada UMNO,” katanya di Utusan Online.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman di sini hari ini.