Menurut Presiden UMNO itu, beliau akan hadir semula ke SPRM esok untuk memberi keterangan.

“Hari ini saya telah memberi keterangan berhubung 1MDB termasuk kenyataan saya pernah berjumpa penderma dari Arab Saudi.

“Esok saya akan datang semula untuk memberi keterangan berkenaan dana yayasan budi,” katanya ketika ditemui di sini tadi.