Thursday , 20 September 2018

Thursday , 20 September 2018

Wanita Kelantan Juara Angkat Berat Sukma 2014

Wanita Kelantan Juara Angkat Berat Sukma 2014

kelantan

Perlis : Kelantan menyapu bersih dua emas yang dipertandingkan dalam acara angkat berat wanita kategori 75 kilogram temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2014 semalam.

Kejayaan itu hadir menerusi kecemerlangan Siti Aisyah Md. Rosli di gelangang angkat berat Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis dengan angkatan seberat 75kg (snatch) dan 95kg (clean & jerk).

Bagaimanapun, atlet berusia 19 tahun itu mengakui, mampu memberikan aksi yang lebih mantap dalam usaha memperbaiki catatan peribadi terbaik, 100kg kategori clean & jerk sekiranya dia tidak menghidap demam.

Namun, Aisyah tetap berbangga dapat menghadiahkan dua pingat emas kepada kem Kelantan sekali gus menjadi pelengkap kepada enam emas yang disasarkan dalam acara angkat berat pada temasya Sukma kali ini.

“Memang saya letakkan matlamat untuk meraih emas dalam acara ini,terutama untuk melengkapkan sasaran enam emas Kelantan (dalam acara angkat berat).

“Sebenarnya sudah empat hari saya demam. Jika sembuh, saya yakin mampu melakukan angkatan lebih berat daripada yang dipamerkan hari ini (semalam).

“Bagi saya, ini pencapaian terbaik sepanjang tiga penyertaan dalam temasya Sukma kerana ini adalah emas pertama saya,” katanya.

Pingat perak pula berjaya menjadi milik atlet Terengganu, Siti Nur Atika Isa dengan angkatan seberat 65kg (snatch) dan 80kg (clean & jerk).

Manakala Mimi Syazwani Zainal Abidin dengan angkatan seberat 49kg (snatch) dan 61kg (clean & jerk) sekadar memenangi pingat gangsa dua acara tersebut.

Sementara itu, atlet tuan rumah, Perlis, Ku Azarul Ku Othman mendominasi kategori 105kg lelaki dengan dua pingat emas menerusi angkatan seberat 130kg (snatch) dan 160kg (clean & jerk).

Azarul berjaya menewaskan Ndri Saparudin dari Wilayah Persekutuan yang meraih perak dalam acara snatch (111kg) dan clean & jerk (140kg).

Pingat gangsa acara snatch dimenangi Adib Mobil Ahamad dari Johor dengan angkatan 110kg dan bagi acara clean & jerk pula menjadi milik atlet Pulau Pinang, Ahmad Fariz Faisal Ross Kenedy (135kg).

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0603&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz33XXhbItH
Hakcipta terpelihara 

Wanita Kelantan Juara Angkat Berat Sukma 2014 Reviewed by on . Perlis : Kelantan menyapu bersih dua emas yang dipertandingkan dalam acara angkat berat wanita kategori 75 kilogram temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2014 semalam. Perlis : Kelantan menyapu bersih dua emas yang dipertandingkan dalam acara angkat berat wanita kategori 75 kilogram temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2014 semalam. Rating:

Leave a Comment

scroll to top