Mangsa berusia lingkungan 30-an cedera akibat ditikam pada bahagian perut dan lutut kiri.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, mangsa sempat menghubungi majikannya mengenai kejadian itu pada pukul 7.45 pagi sebelum majikannya membuat laporan polis.

Menurutnya, majikannya ke tempat kejadian dan apabila sampai mangsa ditemukan dalam keadaan berdarah.

“Mangsa dihantar ke Klinik Beruas sebelum dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut dan mangsa kini masih belum sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Muhammad Hanif berkata, abang mangsa turut ke tempat kejadian dan memberitahu seorang lelaki warga asing telah meminta duit daripada mangsa dan cuba membuka seluar mangsa.

Katanya, menurut saksi lain yang berada di tempat kejadian iaitu pekerja di ladang berdekatan terdengar jeritan mangsa meminta tolong dan mereka terus ke tempat kejadian memberi bantuan.

“Pada pukul 1 pagi ini polis berjaya menahan lima lelaki warga asing di sebuah rumah kongsi di kawasan Beruas dan semua suspek kini soal siasat,” katanya di Utusan.