Thursday , 16 August 2018

Thursday , 16 August 2018

Viral Pemuda Sakit Kulit Bukan Kerana Ulat Bulu

Viral Pemuda Sakit Kulit Bukan Kerana Ulat Bulu

Port Dickson : Kisah seorang pemuda sakit kulit kronik viral di media sosial sejak beberapa hari lalu yang dikaitkan dengan serangan ulat bulu di daerah ini, tidak benar.

Pengarah Hospital Port Dickson (HPD), Dr Muhammad Zamri Harun, berkata setakat ini tiada kes dilaporkan kepada pihaknya berhubung perkara itu dan ia diklasifikasi sebagai berita palsu.

Katanya, setakat ini, HPD tidak menerima kes penyakit kulit seumpama itu atau dimaklumkan oleh mana-mana pihak berhubung kaitannya dengan serangan ulat bulu yang berlaku di daerah ini.

“Kita harap mereka yang menyebarkan berita palsu ini tampil membetulkannya kerana mengundang persepsi kurang baik untuk Port Dickson.

“Bagaimanapun, kita terus pantau jika ada sakit kulit yang sama dirujuk di HPD. Ada juga muat naik di Facebook rakan mangsa mendakwa penyakit yang sudah empat bulan dihidapi lelaki itu masih gagal dikesan hospital walaupun sudah membuat ujian darah.

“Adalah tidak adil kes berkenaan viral kononnya ia berlaku di Port Dickson,” katanya ketika dihubungi wartawan NSTP, hari ini.

Sejak beberapa hari lalu muncul entri yang tular di Facebook dan WhatsApp berkaitan penyakit kulit teruk dialami seorang lelaki akibat terkena ulat bulu ketika berada di Port Dickson.

Malah, ada juga entri yang mendakwa ulat bulu laut yang menyerang pesisir pantai di Thailand kini mula terdapat di pantai sekitar daerah ini.

Sementara itu, Pegawai Daerah Port Dickson, Khairy Maamor, berkata beliau menerima banyak pertanyaan daripada pelbagai pihak berhubung perkara yang viral itu.

“Saya tunggu laporan daripada Pegawai Kesihatan Daerah dan Pegawai Perikanan Daerah sebelum sebarang tindakan diambil.

“Pihak yang menyebarkannya perlu bertanggungjawab dengan menentukan kesahihannya terlebih dahulu kerana ia boleh merosakkan imej Port Dickson sebagai pantai peranginan terkenal di negara kita,” katanya.

Viral Pemuda Sakit Kulit Bukan Kerana Ulat Bulu Reviewed by on . Port Dickson : Kisah seorang pemuda sakit kulit kronik viral di media sosial sejak beberapa hari lalu yang dikaitkan dengan serangan ulat bulu di daerah ini, ti Port Dickson : Kisah seorang pemuda sakit kulit kronik viral di media sosial sejak beberapa hari lalu yang dikaitkan dengan serangan ulat bulu di daerah ini, ti Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top