Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Khalid Ibrahim berkata, empat daripada pelajar berkenaan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang manakala bakinya dihantar ke Hospital Shah Alam.

Berikutan kejadian itu, sesi persekolahan di sekolah itu terpaksa dibatalkan.

Pengetua sekolah berkenaan, Lin Peck Poh berkata, beliau mengesyaki berlaku kebocoran gas berbahaya berkenaan kira-kira pukul 6.30 pagi dan mengarahkan semua pelajar serta guru supaya pulang ke rumah kerana risaukan keselamatan mereka. – Bernama