Thursday , 20 September 2018

Thursday , 20 September 2018

Tasha Manshahar Sah Bergelar Isteri Raqib

Tasha Manshahar Sah Bergelar Isteri Raqib

Kuala Lumpur : Dengan sekali lafaz, penyanyi Tasha Manshahar selamat bergelar isteri kepada penyanyi, Fahrur Raqib Abdul Majid, 28, hari ini.

Tasha atau nama sebenarnya Nadia Natasha Mohd Manshahar, 26, dan pasangannya itu dinikah oleh bapa pengantin perempuan iaitu Mohd Manshahar Abdul Jalil, 59 di Masjid Jamek Kajang.

Pernikahan pasangan itu disaksikan bapa saudara pengantin perempuan, Mohd Hasnan dan rakan bapanya, Ustaz Mansur Saman.

Tasha menerima mas kahwin RM300, sebentuk cincin, seutas gelang dan lima dulang hantaran dan manakala Raqib menerima tujuh dulang hantaran.

Kata Tasha, dia dan suaminya tidak ada sebarang perancangan untuk berbulan madu kerana beranggapan perkara itu bukan sesuatu kewajiban yang perlu dilaksanakan.

“Bagi saya dan Raqib, berbulan madu itu bukanlah kewajiban yang perlu dilakukan. Memang tidak perancangan pun nak pergi mana-mana.

“Asalkan kami dapat meluangkan masa kualiti bersama itu pun sudah dikira seperti berbulan madu. Kalau pergi jalan jauh-jauh pun tapi tak ada masa bersama itu bukanlah ‘honeymoon’,”kata Tasha.

Dalam pada itu, Raqib turut meluahkan rasa syukur selepas majlis pernikahan mereka berjalan dengan lancar biarpun pada awalnya berasa gementar.

“Sebagai bakal suami tadi memang ada gementar sebab nak pegang tanggungjawab yang besar.

“Tapi syukur Alhamdulillah, semunya berjalan dengan lancar. Allah permudahkan perjalanan majlis kami biarpun sederhana namun bermakna,”ujar Raqib.

Majlis yang diadakan secara bersederhana dan tertutup itu hanya dihadiri keluarga dan kenalan terdekat, manakala resepsi bakal berlangsung pada Ahad di Shah Alam.

Majlis di sebelah pengantin lelaki dijadualkan pada 22 September ini di Melaka.

Pasangan itu berkenalan ketika menjayakan rakaman lagu kira-kira dua tahun lalu dan mengikat tali pertunangan pada 24 Disember tahun lalu.

 

Tasha Manshahar Sah Bergelar Isteri Raqib Reviewed by on . Kuala Lumpur : Dengan sekali lafaz, penyanyi Tasha Manshahar selamat bergelar isteri kepada penyanyi, Fahrur Raqib Abdul Majid, 28, hari ini. Tasha atau nama se Kuala Lumpur : Dengan sekali lafaz, penyanyi Tasha Manshahar selamat bergelar isteri kepada penyanyi, Fahrur Raqib Abdul Majid, 28, hari ini. Tasha atau nama se Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top