Wakil rakyat Parlimen Pasir Salak itu berkata, beliau mengambil keputusan tersebut kerana mahu mengembalikan semula kegemilangan parti orang Melayu berkenaan.

Tajuddin juga yakin UMNO mampu bangkit semula kerana sokongan orang Melayu terhadap parti tesebut masih kuat.

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan dua Anggota MT iaitu Datuk Seri Johari Abd. Ghani ┬ádan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengesahkan akan bertanding merebut jawatan naib presiden parti pada pemilihan kali ini. – Bernama