Berita baik itu dikongsikan Syatilla, 26, menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi dengan menganggap ia adalah hadiah hari jadi suaminya, Shaheizy Sam pada hari ini.

“Sama-sama doakan kami supaya bayi ini sihat sampai dia keluar melihat dunia nanti. Amin,” tulisnya di Instagram.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 itu menerima kehadiran cahaya mata sulung, Syeriv Samheizy pada 9 Mei tahun lepas.