Monday , 18 June 2018

Monday , 18 June 2018

Siti Kasim: Bernama Diarah Beri Penjelasan

Siti Kasim: Bernama Diarah Beri Penjelasan

Kuala Lumpur : Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) diarahkan memberi penjelasan berhubung punca pembatalan program temu bual dengan peguam Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim, hari ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, agensi berita tersebut perlu mengeluarkan kenyataan rasmi dalam tempoh terdekat.

“Bernama perlu mengeluarkan satu kenyataan dengan segera memberikan penjelasan berkenaan perkara ini dengan alasan-alasan kenapa temubual itu dibatalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam status yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya, hari ini.

Terdahulu, Siti Kasim menyatakan rasa kesal apabila program temubual bertajuk Malaysia Baharu: Cabaran-cabaran dan Pembaharuan Semula yang dijadualkan disiarkan secara langsung di Bernama News Channel (BNC) pada pukul 3.30 petang hari ini dibatalkan secara mengejut.

Aktivis hak asasi manusia itu menyifatkan tindakan mengejut itu menunjukkan Malaysia Baharu yang diraikan pelbagai pihak di negara ini masih belum berubah.

 

Siti Kasim: Bernama Diarah Beri Penjelasan Reviewed by on . Kuala Lumpur : Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) diarahkan memberi penjelasan berhubung punca pembatalan program temu bual dengan peguam Siti Zabeda Kuala Lumpur : Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) diarahkan memberi penjelasan berhubung punca pembatalan program temu bual dengan peguam Siti Zabeda Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top