Laporan Agensi memaklumkan, penyerang itu yang kini sudah berusia 41 tahun menerusi sosial media memberitahu dia dimasukkan ke hospital dekat sebuah pulau di Ibiza tetapi dibenarkan pulang ke rumah selepas doktor mengesahkan penyakit yang dihadapinya berjaya dikawal daripada menjadi lebik teruk.

Beliau yang pernah memenangi Anugerah Pemain Terbaik Dunia sebanyak tiga kali kini sedang menikmati alam persaraan selepas menggantung but ketika bersama kelab Corinthians (Brazil) pada 2011.

Kebanyakan masanya ketika ini banyak dihabiskannya di Sepanyol bersama teman wanitanya, Celina Locks di mana dia pernah beraksi untuk Real Madrid antara 2002 hingga 2007.