Thursday , 16 August 2018

Thursday , 16 August 2018

Putrajaya Peruntuk RM40 Juta Untuk RTM Siar Piala Dunia

Putrajaya Peruntuk RM40 Juta Untuk RTM Siar Piala Dunia

Kuala Lumpur : RTM akan menyiarkan 41 daripada 64 perlawanan Piala Dunia 2018, di mana 27 perlawanan akan ditayangkan secara langsung manakala 14 perlawanan lain disiar melalui siaran tertangguh.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata kabinet memperuntukkan RM40 juta untuk membeli hak penyiaran berkenaan.

Gobind berkata butiran mengenai bagaimana peruntukan berkenaan dibelanjakan akan dijelaskan semasa taklimat khas mengenai kewangan negara esok.

“Secara keseluruhan, saya boleh katakan sekarang angka yang kabinet bahas sebelum ini ialah RM40 juta.

“Sudah tentu akan ada penaja dan sebagainya dan mereka akan menyerap sebahagian besar daripadanya,” katanya selepas mempengerusikan pertemuan dengan pegawai kementeriannya petang ini.

Bagaimanapun, Gobind menjangkakan kosnya kurang daripada RM40 juta.

Beliau berkata cadangan untuk menyiarkan perlawanan secara langsung pertama kali dibangkitkan oleh beberapa anggota parlimen termasuk Anggota Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Ini adalah perkara penting kerana Piala Dunia 2018 adalah acara antarabangsa dan ia bagus untuk RTM menyiarkannya secara langsung.

“Saya perlu membincangkannya dengan kabinet terlebih dahulu dan Kementerian Kewangan akan mengumumkan butiran mengenai kos,” katanya seperti yang dilapor oleh Malaysiakini.

Putrajaya Peruntuk RM40 Juta Untuk RTM Siar Piala Dunia Reviewed by on . Kuala Lumpur : RTM akan menyiarkan 41 daripada 64 perlawanan Piala Dunia 2018, di mana 27 perlawanan akan ditayangkan secara langsung manakala 14 perlawanan lai Kuala Lumpur : RTM akan menyiarkan 41 daripada 64 perlawanan Piala Dunia 2018, di mana 27 perlawanan akan ditayangkan secara langsung manakala 14 perlawanan lai Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top