Thursday , 16 August 2018

Thursday , 16 August 2018

Pelakon Nizen Ayob Meninggal Dunia

Pelakon Nizen Ayob Meninggal Dunia

Kuala Lumpur : Pelakon yang memegang watak Inspektor Nizam dalam drama siri popular Gerak Khas, Nizen Ayob meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Nizen dilapor menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11.55 pagi tadi.

Rakan artis yang juga pernah berlakon dalam drama terbitan Skop Production Sdn Bhd itu, Salina Saibi berkongsi berita sedih berkenaan di Instagram.

“Sahabat kami dalam Gerak Khas @nizenayob telah pergi meninggalkan kita, sebentar tadi,” katanya.

Salina turut memaklumkan bahawa kakak ipar Nizen menjelaskan doktor memberitahu buah pinggang arwah sudah rosak hingga koma.

Katanya, jenazah dimandikan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan dibawa pulang ke rumah keluarganya.

“Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah kepadanya. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman,” katanya.

Memetik BH Online, arwah dikatakan mempunyai pertalian darah dengan pelakon veteran Allahyarham Datuk S Roomai Noor dan Allahyarham Datuk Umi Khaltum.

Semasa hayatnya, Nizen memulakan karier sebagai model di pentas peragaan dan menjadi pelakon tambahan di Johor Bahru.

Dia mula mengecapi populariti selepas ditawarkan peluang untuk menjadi pelakon pembantu pada 2008.

Janji Jaslina, Istikharah Cinta dan Cinta Jannah antara drama pernah dilakonkan Nizen.

 

Pelakon Nizen Ayob Meninggal Dunia Reviewed by on . Kuala Lumpur : Pelakon yang memegang watak Inspektor Nizam dalam drama siri popular Gerak Khas, Nizen Ayob meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor Ba Kuala Lumpur : Pelakon yang memegang watak Inspektor Nizam dalam drama siri popular Gerak Khas, Nizen Ayob meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor Ba Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top