Penjelasan itu, dimaklumkannya setelah kecoh di laman sosial Ahli Parlimen Muar ,itu dikatakan melantik pejuang golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender sebagai pegawai khas KBS .

“Jalan paling mudah adalah untuk melihat senarai lantikan menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ia adalah jalan paling mudah untuk meneliti sekiranya ada nama-nama yang dilantik menjadi pegawai kerajaan.

“Apa yang pasti, saya masih belum menandatangi sebarang dokumen ketika ini kerana saya mahu meneliti terlebih dahulu (senarai nama) dan bakal mengambil yang terbaik untuk bekerja dengan saya.

“Ketika ini, saya boleh sahkan tiada lantikan rasmi dan kemungkinan kekosongan di posisi pegawai akan¬† diumumkan pada minggu depan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Syed Saddiq ditemui ketika merasmikan majlis penutup Kejohanan Taekwondo Remaja Nestle Koko Krunch ke-13 di Stadium Juara, Bukit Kiara petang tadi.