Monday , 18 June 2018

Monday , 18 June 2018

Pegawai Imigresen Ketuk Warga Asing Digantung Tugas

Pegawai Imigresen Ketuk Warga Asing Digantung Tugas

Kuala Lumpur : Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali, berkata, pegawai Jabatan Imigresen yang mengasari seorang warga asing ketika berurusan di kaunter jabatan tersebut telah digantung tugas serta merta.

Dalam satu kenyataan, Mustafar berkata tindakan tersebut merupakan satu kesalahan serius malah, pemecatan juga boleh dikenakan ke atas pegawai-pegawai jabatan yang melakukan salah laku.

“Perlakuan pegawai tersebut jelas menjejaskan imej jabatan dan bertindak bertentangan kod etika jabatan dan perkhidmatan awam.

“Pihak jabatan tidak akan berkompromi terhadap pegawainya yang melakukan pelanggaran integriti sehingga mencemarkan nama baik dan imej jabatan, serta tidak akan melindungi mereka yang melakukan kesalahan sedemikian.

“Tindakan yang serius akan diambil tanpa kompromi termasuk buang kerja terhadap pegawai yang melakukan kesalahan,” katanya.

Terdahulu, Klip video 10 saat menunjukkan seorang pegawai Jabatan Imigresen mengetuk kepala seorang warga negara Myanmar, menjadi tular di media sosial hari ini.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di pejabat Jabatan Imigresen di Wisma Persekutuan, Johor Bahru kira-kira pukul 9 pagi ini.

Pegawai Imigresen Ketuk Warga Asing Digantung Tugas Reviewed by on . Kuala Lumpur : Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali, berkata, pegawai Jabatan Imigresen yang mengasari seorang warga asing ketika berurusan di kaunt Kuala Lumpur : Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali, berkata, pegawai Jabatan Imigresen yang mengasari seorang warga asing ketika berurusan di kaunt Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top