Thursday , 16 August 2018

Thursday , 16 August 2018

Paul Pogba Sambut Ramadan Di Mekah

Paul Pogba Sambut Ramadan Di Mekah

Kuala Lumpur : Pemain bola sepak Manchester United, Paul Pogba telah memuat naik video rakaman melalui Instagram miliknya ketika berdiri berhadapan Kaabah.

Perkara tersebut membuatkan peminat Pogba cukup senang dengan tindakan pemain tersebut.

“Ini tempat yang indah, saya tidak dapat menjelaskan perasaan saya di sini.

“Hanya orang yang datang ke sini dapat memahami perasaan itu. Jadi saya harap orang-orang yang belum pernah berada di sini, mereka semua akan sampai di Mekah suatu hari nanti,” katanya dalam video tersebut.

Lelaki berkenaan mempunyai 22.5 juta pengikut di Instagram telah menunaikan umrah ketika di bulan Ramadan dan berhasrat mahu ke sana lagi selepas ini ketika puasa.

Berikutan itu, rata-rata netizen di media sosial memberi komen yang positif dan memuji apa yang dilakukan oleh pemain bola sepak Muslim tersebut.

Ini bukan kali pertama pemain bola sepak antara yang termahal dunia itu melakukan umrah.

Tahun lalu, Paul Pogba menunaikan umrah selepas pasukannya memenangi Liga Eropah apabila Manchester United menewaskan Ajax semasa perlawanan akhir di Stockholm, Sweden.

 

Paul Pogba Sambut Ramadan Di Mekah Reviewed by on . Kuala Lumpur : Pemain bola sepak Manchester United, Paul Pogba telah memuat naik video rakaman melalui Instagram miliknya ketika berdiri berhadapan Kaabah. Perk Kuala Lumpur : Pemain bola sepak Manchester United, Paul Pogba telah memuat naik video rakaman melalui Instagram miliknya ketika berdiri berhadapan Kaabah. Perk Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top