Noryn atau nama sebenarnya, Norazmahwati Abd Aziz berkata, setakat ini dia meneruskan kehidupan seperti biasa sementara menunggu tarikh tersebut.

“Hidup mesti diteruskan. Apa pun yang terjadi selepas ini saya perlu reda selain menumpukan perhatian untuk membesarkan anak.

“Sedih itu pasti ada tetapi saya positifkan diri berhadapan dengan situasi tersebut. Saya tidak boleh bercerita lanjut kerana proses tersebut masih berjalan di mahkamah,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ujar Noryn, apa jua yang terjadi selepas ini, dia percaya tanggungjawab terhadap anak lelaki mereka, Raja Bariq Umar Shah, 4, tidak akan diabaikan.