Thursday , 19 July 2018

Thursday , 19 July 2018

Najib Razak Ditahan & Didakwa Pecah Amanah

Najib Razak Ditahan & Didakwa Pecah Amanah

Kuala Lumpur : Akhirnya teka -teki bila Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan ditahan terjawab apabila petang tadi beliau ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya di Langgak Duta, Taman Duta di ibu negara.

Penangkapan itu dibuat ketika SPRM masih merekodkan keterangan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahamd Zahid Hamidi, serta anak tirinya, Riza Aziz berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebelum ini, SPRM telah mengambil keterangan daripada Najib pada 22 dan 24 Mei lalu.

Bekas perdana menteri dan presiden Umno itu dilaporkan ditahan pada pukul 2.35 petang ini di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.

Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB mengesahkan telah membuat tangkapan tersebut.

Sementara itu, Najib dijangka akan menghadapi lebih 10 pertuduhan melakukan pecah amanah berkaitan kes SRC International Sdn Bhd.

Menurut sumber, Najib akan didakwa atas lebih 10 pertuduhan itu esok (Rabu) di Mahkamah Kuala Lumpur.

Mengikut sumber mahkamah, Najib akan dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah 2,  yang terletak di Aras 4, Sayap  kanan, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Difahamkan kes itu akan disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen paling kanan iaitu Datuk Zainal Abidin Kamarudin dan kemudiannya akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Jenayah 1 di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Menurut sumber Peguam Negara yang baharu, Tommy Thomas akan mengetuai pihak pendakwaan dalam kes ini.

Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB)  dalam kenyataannya mengesahkan Najib yang ditahan di rumahnya di Jalan Langgak Duta, di sini  pada 2.35 petang berhubung siasatan SRC International Sdn Bhd akan didakwa esok pada pukul 8.30 pagi.

Bekas perdana menteri telah hadir ke Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua kali bagi merakamkan keterangan berhubung kes SRC International Sdn Bhd.

SRC International ialah anak syarikat 1MDB sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.Pada 22 Mei lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata penyiasatan SPRM pada 2015 terhadap Najib membabitkan isu dana RM2.6 bilion dan RM42 juta yang dipercayai dipindahkan daripada SRC International Sdn Bhd ke dalam akaun bank peribadi bekas perdana menteri. -Bernama

 

Najib Razak Ditahan & Didakwa Pecah Amanah Reviewed by on . Kuala Lumpur : Akhirnya teka -teki bila Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan ditahan terjawab apabila petang tadi beliau ditahan Suruhanjaya Kuala Lumpur : Akhirnya teka -teki bila Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan ditahan terjawab apabila petang tadi beliau ditahan Suruhanjaya Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top