Thursday , 16 August 2018

Thursday , 16 August 2018

Mustahil Mereformasi Umno Jika Najib Masih Terlibat -Khaled Nordin

Mustahil Mereformasi Umno Jika Najib Masih Terlibat -Khaled Nordin

Kuala Lumpur : Adalah mustahil Umno untuk bangkit daripada kekalahannya jika ia terus mengimbau masa lalu dan membenarkan Datuk Seri Najib Razak yang akan dibicarakan terlibat dalam hal ehwal parti, kata naib presidennya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Dalam satu kenyataan hari ini, bekas menteri besar Johor itu berkata sudah tiba masanya Umno menyedari bahawa Najib sebenarnya yang sedang dibicarakan dan bukannya Umno.

“Realiti semasa yang dihadapi oleh Umno menuntut ahli parti merenungkan naratif lazim untuk membela serta menerima kenyataan bahawa rakyat telah bersuara dan menolak kita.

“Kita bukan lagi kerajaan dan kita tidak lagi mempunyai keistimewaan untuk berkata dengan yakin bahawa masih ada orang Melayu di belakang kita.

“Mereka yang menafikan realiti tersebut mungkin berkata bahawa kita masih memegang 46 peratus undi Melayu. Ya, itu mungkin benar tetapi kita juga perlu melihat demografi Melayu dan nilai-nilai mereka.

“Kita mesti memenuhi keperluan semua – Melayu di bandar, separuh bandar dan paling penting seluruh rakyat Malaysia,” kata Khaled.

Johari yang juga ketua Umno Titiwangsa, turut dilaporkan berkata, bahawa adalah satu kesilapan untuk membiarkan Najib berkempen untuk BN pada pilihan raya kecil Sungai Kandis baru-baru ini memandangkan bekas perdana menteri itu dicemari tuduhan rasuah yang akan menyaksikan Umno terpalit sama.

Kenyataan Johari mengundang bidasan daripada Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengingatkannya supaya “janganlah pijak kepala seseorang apabila tengkuk telah berada di paras buah pinggang.”

Mustahil Mereformasi Umno Jika Najib Masih Terlibat -Khaled Nordin Reviewed by on . Kuala Lumpur : Adalah mustahil Umno untuk bangkit daripada kekalahannya jika ia terus mengimbau masa lalu dan membenarkan Datuk Seri Najib Razak yang akan dibic Kuala Lumpur : Adalah mustahil Umno untuk bangkit daripada kekalahannya jika ia terus mengimbau masa lalu dan membenarkan Datuk Seri Najib Razak yang akan dibic Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top