Thursday , 16 August 2018

Thursday , 16 August 2018

Lois Lane Mati Bunuh Diri

Lois Lane Mati Bunuh Diri

Kuala Lumpur : Pelakon yang membawa watak Lois Lane dalam filem Superman, Margot Kidder yang meninggal dunia pada 13 Mei lalu, disahkan mati akibat bunuh diri.

Perkara itu dimaklumkan oleh anak perempuannya, Maggie McGuane.

Memetik laporan antarabangsa, McGuane melahirkan rasa lega apabila mengetahui perkara sebenar itu ketika menziarahi rumah ibunya di Montana, Kanada.

Bagi McGuane, perkara itu tidak perlu diselindung daripada pengetahuan umum.

Pelakon popular pada tahun 1970an dan 80an itu sebelum ini dilaporkan meninggal dunia akibat pengambilan dadah dan alkohol berlebihan.

Terdahulu, Pengurus Kidder, Camilla Fluxman Pines berkata aktres itu meninggal dunia sewaktu tidur.

“Superman,” yang diarahkan oleh Richard Donner, adalah filem blockbuster adiwira yang mendapat sambutan lebih dua dekad sebelum filem komik menjadi box office, dan dinamakan sebagai inspirasi penting oleh pembuat filem Marvel dan D.C. hari ini.

Selain terkenal sebagai heroin dalam “Superman”, Kidder mempunyai banyak filem yang tidak dapat dilupakan, termasuk “You’ve got me?! Who’s got you?!”.

Lois Lane Mati Bunuh Diri Reviewed by on . Kuala Lumpur : Pelakon yang membawa watak Lois Lane dalam filem Superman, Margot Kidder yang meninggal dunia pada 13 Mei lalu, disahkan mati akibat bunuh diri. Kuala Lumpur : Pelakon yang membawa watak Lois Lane dalam filem Superman, Margot Kidder yang meninggal dunia pada 13 Mei lalu, disahkan mati akibat bunuh diri. Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top