Thursday , 16 August 2018

Thursday , 16 August 2018

Lima Jam Baru Rosmah Mansor Tinggalkan SPRM

Lima Jam Baru Rosmah Mansor Tinggalkan SPRM

Kuala lumpur : Datin Seri Rosmah Mansor meninggalkan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas lima jam berada di situ pada Selasa.

Isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu meninggalkan ibu pejabat pada pukul 3.40 petang dan tidak bercakap dengan media.

Bagaimanapun, peguamnya Datuk K. Kumaraendran dan Datuk Geethan Ram Vincent memberitahu pemberita siasatan berhubung dengan isu SRC International Sdn Bhd selama tiga jam.

“SPRM telah selesai mengambil kenyataan daripada pelanggan kami.

“Beliau memberikan kerjasama dan pegawai menjalankan tugas mereka secara profesional,” kata Kumaraendran.

Peguam Rosmah enggan menjawab soalan dari media.

Terdahulu, Rosmah tiba di SPRM pada pukul 10.45 pagi.

Beliau ditemani anak perempuannya Nooryana Najwa Mohd Najib serta menantu Daniyar Kessikbayev dan dua orang peguamnya.

Sebelum ini, Najib turut disoal siasat berkaitan dengan SRC International dua minggu lalu.

SRC International adalah anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB), yang kemudiannya diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada tahun 2012.

Najib setakat ini telah dipanggil memberi kenyataan sebanyak tiga kali oleh SPRM berkaitan isu SRC International.

Pada 5 Disember 2015, SPRM mengambil kenyataan daripada Najib mengenai siasatannya ke SRC dan RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Beliau diminta hadir sekali lagiĀ  pada 22 Mei dengan mengambil masa lima jam menakal kali terakhir pada 24 Mei lalu.

 

Lima Jam Baru Rosmah Mansor Tinggalkan SPRM Reviewed by on . Kuala lumpur : Datin Seri Rosmah Mansor meninggalkan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas lima jam berada di situ pada Selasa. Iste Kuala lumpur : Datin Seri Rosmah Mansor meninggalkan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas lima jam berada di situ pada Selasa. Iste Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top