Thursday , 20 September 2018

Thursday , 20 September 2018

Kelab Liga Bolasepak Utama Beckham diberi nama Inter Miami

Kelab Liga Bolasepak Utama Beckham diberi nama Inter Miami

Kuala Lumpur : Bekas kapten England, David Beckham mendedahkan, kelab Liga Bolasepak Utama (MLS) miliknya akan dikenali sebagai Kelab Bolasepak Antarabangsa Miami (Club Internacional de Futbol Miami), atau Inter Miami.

Beckham memperoleh francais MLS di Miami pada Januari lalu selepas mengumumkan rancangannya menubuhkan pasukan di bandar itu empat tahun lalu.

Kelab tersebut turut melancarkan logo berbentuk bulat, dengan dua ekor burung heron berwarna putih yang melambangkan nilai ‘antarabangsa, pelbagai, inklusif, kreatif dan impian besar’.

Menurutnya, ia satu lagi langkah penting dalam penubuhan kelab itu “dan hari ini menandakan satu momen penting dalam sejarah Kelab Bolasepak Antarabangsa Miami.”

Inter Miami dijadual mula bermain pada 2020 di satu venue sementara sehingga stadium mereka yang digelar Miami Freedom Park, dengan kapasiti 25,000 tempat duduk, dijangka siap setahun selepas itu.

Kelab Liga Bolasepak Utama Beckham diberi nama Inter Miami Reviewed by on . Kuala Lumpur : Bekas kapten England, David Beckham mendedahkan, kelab Liga Bolasepak Utama (MLS) miliknya akan dikenali sebagai Kelab Bolasepak Antarabangsa Mia Kuala Lumpur : Bekas kapten England, David Beckham mendedahkan, kelab Liga Bolasepak Utama (MLS) miliknya akan dikenali sebagai Kelab Bolasepak Antarabangsa Mia Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top