Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali menetapkan tarikh itu selepas dimaklumkan peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib bahawa pihaknya sudah mengemukakan permohonan bertulis.

Menurut Muhammad Shafee, kedua-dua pihak perlu meneliti dokumen dan sedia untuk berhujah berhubung perkara itu Jumaat ini.

Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup tidak mengemukakan sebarang bantahan.

Sementara itu, mahkamah dalam keputusannya membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk tiga pertuduhan baharu dibacakan hari ini bagi dibicarakan bersama dengan pertuduhan sebelum ini.

Mahkamah juga membenarkan Najib mengguna pakai ikat jamin RM1 juta kes yang terdahulu bagi pertuduhan penggubahan wang haram.

Dalam prosiding sama, turut dibaca semula pertuduhan pindaan terhadap tiga kesalahan pecah amanah jenayah dan satu salah guna kuasa.

Namun, Najib mengekalkan pengakuan mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas semua pertuduhan tersebut. – K! ONLINE