Thursday , 16 August 2018

Thursday , 16 August 2018

Jangan Sentuh Peribadi Lawan Ketika Kempen

Jangan Sentuh Peribadi Lawan Ketika Kempen

Perak: Jangan mengaib dan menyerang peribadi lawan yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) kerana ia tindakan yang tidak bermaruah, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, rakyat yang bakal membuat penentuan siapa calon yang layak dipilih sebagai wakil rakyat mereka dan bukannya dengan memfitnah orang lain.

“Saya fikir parti politik samada Barisan Nasional (BN) atau pembangkang tentu sekali tidak mahu tokoh atau calon mereka diaibkan oleh sesiapa kerana ia bukan cara kempen yang bersih,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, untuk mendapatkan sokongan rakyat bukan dengan melemparkan fitnah, sebaliknya setiap parti harus menonjolkan manifesto masing-masing untuk memancing undi.

“Jika seseorang itu mempunyai masalah peribadi atau sebagainya, biarlah pengundi yang menentukannya, bukan dengan cara memburukkan peribadi seseorang calon itu.

“Kalau kita tidak mahu diaibkan oleh orang lain, kita janganlah cuba mengaibkan pihak lawan kerana perbuatan ini tidak digalakkan dalam Islam,” katanya.

Menurutnya, sehubungan itu, beliau meminta rakan dalam BN dan pembangkang supaya melaksanakan kempen secara sihat untuk meraih sokongan rakyat dalam PRU-13.

“Kita (BN) hanya memerlukan sokongan sekitar tujuh hingga 10 peratus pengundi atas pagar, oleh itu tidak perlu mempengaruhi pengundi dengan menyebar fitnah yang tidak memberi manfaat kepada sesiapa pun,” katanya.

Jangan Sentuh Peribadi Lawan Ketika Kempen Reviewed by on . Perak: Jangan mengaib dan menyerang peribadi lawan yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) kerana ia tindakan yang tidak bermaruah, kata Naib Pre Perak: Jangan mengaib dan menyerang peribadi lawan yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) kerana ia tindakan yang tidak bermaruah, kata Naib Pre Rating:

Leave a Comment

scroll to top