“Ya, dia kekasih, saya tidak sangka tular.

“Saya belum berkahwin,” katanya ringkas kepada Utusan Online.

Sementara itu Tajul yang popular menerusi Sedalam Dalam Rindu juga memberitahu, dia juga akan membuat pendedahan terhadap perkara ini dengan lebih jelas kepada media tidak lama lagi.

“Jangan risau saya terangkan dalam waktu terdekat. Tetapi buat masa ini saya masih perlu berhubung dengan pihak pengurusan saya dahulu,” katanya.

Ditanya mengenai profil wanita itu di laman Instagram yang menggunakan akaun @icaaeddie yang meletakkan tanda #T Love #immarried, Tajul bagaimanapun tidak tahu sama ada T itu merujuk kepada dirinya.

“Saya tidak tahu, bagi saya sesiapa boleh letak apa sahaja yang dia mahu di bahagian tersebut,” katanya.