Thursday , 19 July 2018

Thursday , 19 July 2018

H5N1: Tiada Lokasi Baharu Di Kelantan

H5N1: Tiada Lokasi Baharu Di Kelantan

Putrajaya: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengesahkan tiada lokasi baharu di Kelantan yang disahkan positif selesema burung (H5N1).

JPV, dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan operasi pemantauan yang dijalankan semalam membabitkan pengambilan 135 sampel dari 27 premis selain operasi pelupusan membabitkan 1,367 ternakan unggas dan 627 biji telur.

“Secara keseluruhan sehingga semalam, 28 lokasi disahkan positif virus H5N1 di enam jajahan iaitu Kota Bharu (14 lokasi), Pasir Mas (enam), Tumpat (tiga), Pasir Puter (tiga) manakala masing-masing satu di Tanah Merah dan Bachok.

“Jumlah pelupusan adalah 34,520 ekor ternakan dan 13,969 biji telur manakala aktiviti pemantauan membabitkan sampel yang diambil berjumlah 3,262 daripada 552 pemilik,” menurut kenyataan itu.

Pasukan petugas pelupusan digerakkan dengan segera untuk menangkap dan melupuskan semua unggas dalam radius satu kilometer daripada setiap lokasi yang dikesan penyakit.

“Ternakan unggas yang dilupuskan tidak bermaksud ternakan itu berpenyakit tetapi perlu dilupuskan bagi membentuk penampan bagi mengelak daripada merebak,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, pasukan pemantauan aktif digerakkan dalam kawasan antara satu hingga 10 kilometer radius daripada setiap lokasi kejadian penyakit.

“Dalam pemantauan aktif ini, pemerhatian klinikal terhadap semua unggas dilakukan dan pengambilan sampel calitan kloakal dan karkas (jika terdapat kematian) diambil.

Sampel terbabit dihantar ke Institut Penyelidikan Veterinar (VRI), Ipoh, Perak untuk ujian pengesahan kehadiran virus avian influenza,” katanya.

H5N1: Tiada Lokasi Baharu Di Kelantan Reviewed by on . Putrajaya: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengesahkan tiada lokasi baharu di Kelantan yang disahkan positif selesema burung (H5N1). JPV, dalam satu kenyat Putrajaya: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengesahkan tiada lokasi baharu di Kelantan yang disahkan positif selesema burung (H5N1). JPV, dalam satu kenyat Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top