Thursday , 16 August 2018

Thursday , 16 August 2018

Fazura Kecewa Dengan Sikap Faezah Elai

Fazura Kecewa Dengan Sikap Faezah Elai

Kuala Lumpur : Fazura meluahkan rasa kecewa di atas tindakan Faezah serta menyifatkan perbuatan tersebut memalukan, tidak beribawa dan tidak sihat kepada masyarakat. Katanya lagi, jika di luar negara, artis yang bersikap sedemikian akan digam dan tidak akan muncul di mana-mana program.

Kenapa perlu berjenaka sampai tahap mahu mengaibkan orang? Kalau di Amerika Syarikat, mana-mana artis yang bersikap sebegitu sudah lama digam dan ditamatkan program mereka.

“Tetapi di negara ini, boleh pula orang suka. Satu dewan, termasuk pengacara, turut mentertawakan wanita terbabit sehingga dia kemurungan seketika.

“Sebagai selebriti, saya rasa perlu untuk bersuara bagi mewakili individu yang tidak dapat menyuarakan hak mereka. Saya takkan berdiam diri walaupun ada yang meminta untuk berbuat begitu,” katanya kepada BH Online.

Dalam masa sama, Fazura juga turut mengecam tindakan seorang pelawak wanita yang menganggap isu tersebut hanya sekadar gurauan samata-mata dan tidak perlu dipandang serius. Baginya, banyak lagi perkara yang boleh dijadikan bahan jenaka tanpa perlu mengaibkan bentul fizikal seseorang.

“Saya tidak setuju dengan pendapat itu. Sebagai pelawak, dia seharusnya mencari bahan jenaka lebih bernas tanpa mengaitkan bentuk fizikal seseorang ataupun apa saja perkara sensitif. Mungkin perkara itu tidak terkena pada dirinya sendiri, jadi bolehlah dia berkata demikian. Jika itulah idea bahan jenaka yang diagungkan olehnya, ia sangat memalukan,” katanya.

Terdahulu dalam satu kenyataan, Faezah Elai memberitahu dia tidak berniat memandang rendah wanita bertubuh gempal. Jelasnya, beliau hanya bergurau namun disalaherti oleh orang ramai.

Fazura Kecewa Dengan Sikap Faezah Elai Reviewed by on . Kuala Lumpur : Fazura meluahkan rasa kecewa di atas tindakan Faezah serta menyifatkan perbuatan tersebut memalukan, tidak beribawa dan tidak sihat kepada masyar Kuala Lumpur : Fazura meluahkan rasa kecewa di atas tindakan Faezah serta menyifatkan perbuatan tersebut memalukan, tidak beribawa dan tidak sihat kepada masyar Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top