Menerusi proses mediasi yang berlangsung pada 22 Mei lalu di Mahkamah Tinggi Malaya, Shah Alam, Selangor, mahkamah telah merekodkan permohonan maaf Fasha terhadap Nora atas persetujuan penghakiman sekali gus menyelesaikan perang dingin yang sudah berlarutan lebih setahun itu berakhir tanpa perlu melalui proses perbicaraan.

“Kami memutuskan untuk menerima permohonan maaf daripada pihak Fasha secara terbuka,” katanya sewaktu dihubungi Kosmo.

Isteri kepada Nedim Nazri itu turut berkata, dia menaruh harapan yang sangat tinggi terhadap aku janji yang telah difailkan mahkamah akan menjadi nokhtah terhadap sindiran atau kutukan terhadap dirinya dan keluarga pada masa akan datang.

“Jika ia tidak dipatuhi, mahkamah akan mengambil tindakan sewajarnya,” ujar Nora yang berterima kasih kepada peminatnya kerana tidak terus mempercayai fitnah yang disebarkan.