Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan turut mengakui, kedua-dua anaknya, Putra Rayfal, 4 dan Putri Raysha Jemaima, 3, begitu menyenangi kehadiran Aidil.

“Mungkin Aidil ada aura yang budak-budak suka. Kehadirannya sejak lapan bulan lalu menambah lagi warna dalam kebahagiaan keluarga kami,” ujar Fasha.

Fasha ditemui ketika majlis memperkenalkannya sebagai ikon produk ubat gigi Aura White bertempat di Meet & Dine, Budiman Business Park, Cheras, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE