Thursday , 19 July 2018

Thursday , 19 July 2018

Ernie Zakri Bengang Dibodohkan Haqiem Rusli Dalam Gimik Murahan

Ernie Zakri Bengang Dibodohkan Haqiem Rusli Dalam Gimik Murahan

Kuala Lumpur : Ernie Zakri berasa diperbodohkan selepas diminta hadir dalam sebuah program siaran Hot FM dengan mempergunakan namanya bagi mempromosikan gimik murahan yang dirancang Haqiem Rusli.

Ernie berkata dia tidak tahu jemputan itu untuk menjayakan program berkenaan sebaliknya dia menganggap Hot FM menjemput dia bagi mempromosikan singlenya berjudul Misteri.

“Saya rasa macam orang bodoh.  Saya tertanya-tanya apa yang saya buat dekat sini. Rupa-rupanya, saya diberitahu sebenarnya semua ini adalah pelan yang dah lama dirancang.

“Rancangan gimik kemurungan dan gimik nak berhenti (menyanyi) memang saya tak tahu menahu dan apa yang membuatkan saya lagi sedih, kenapa gunakan saya untuk rancangan sebegitu?

“Kalau awak nak buat gimik atau sesuatu pada karier sendiri, buatlah. Pada saya, sangat-sangat kejam dan tidak baik melibatkan orang lain dalam hal kamu,” katanya kepada mstar.

Selain Ernie, Wany Hasrita dan Ara Johari turut hadir ke program Facebook Live bersama Haqiem siaran Hot FM yang bertujuan menjelaskan hasrat Haqiem Rusli yang kononnya murung dan mahu meninggalkan kerjaya seninya adalah satu gimik semata-mata.

Sebelum ini penyanyi Nabila Razali juga pernah melakukan gimik kononnya putus cinta dengan Aedy Ashraf namun itu semua adalah rancangan bagi meraih populariti.

Dalam pada itu menurut Ernie, dia hadir ke program itu kerana menyangkakan temu bual bersama Hot FM itu untuk mempromosikan Misteri.

Ernie juga meluahkan rasa berang terhadap tindakan pihak yang mengetahui tentang gimik tersebut tapi tidak memberitahunya perkara sebenar.

“Saya marah pada pihak yang tahu perkara ni. Saya tak tahu sama ada pihak syarikat FMC atau Hot FM dah rancang lama atau mungkin ada niat tak nak beritahu saya dan rakan lain.

“Pada saya tak logik FMC tak tahu sebab pihak stesen radio mesti dah jelaskan tujuan mereka panggil saya untuk datang.

“Saya rasa sangat-sangat marah dan sedih sebab terasa seolah-olah ditikam dari belakang sebab dalam tempoh dia nak berhenti, saya ada beri kata semangat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ernie mengambil keputusan untuk mengeluarkan kenyataan selepas mendapat kritikan yang mengatakan dia menyokong tindakan Haqiem membuat gimik tersebut.

Kata Ernie, dia tidak kisah jika ada yang mengelarkan dirinya berlagak kerana masa yang dibazirkan boleh digunakan dengan perkara yang betul.

“Saya buat kenyataan ni selepas mendapat kritikan yang mengatakan saya menyokong tindakan Haqiem mempermaikan isu kemurungan dan memperbodohkan peminatnya.

“Sedangkan saya tak tahu tujuan saya berada di situ. Soal kemurungan bukan perkara yang boleh buat main. Sangat kebudak-budakan jika benda itu dirancang.

“Saya tak kisah jika ada yang nak kata saya tak sokong dia dan berlagak sebab saya buang masa dua jam. Tapi masa itu sangat berharga dan wajar untuk saya cakap macam tu.

“Ada banyak lagi perkara yang saya kena buat. Saya batalkan kelas mengajar sebabkan benda sebegitu. Tak berbaloi masa dan karier saya untuk rancangan yang salah,” katanya.

Sebelum ini, Haqiem memberitahu dia mengalami kemurungan dan bakal menamatkan kerjaya seninya namun keputusannya itu berubah selepas menerima sokongan ramai.

Bagaimanapun, ada segelintir pihak beranggapan kenyataan yang dibuat penyanyi lagu Jatuh Bangun itu sekadar gimik untuk lagu terbaharunya, Selamat Tinggal Sayang.

Ernie Zakri Bengang Dibodohkan Haqiem Rusli Dalam Gimik Murahan Reviewed by on . Kuala Lumpur : Ernie Zakri berasa diperbodohkan selepas diminta hadir dalam sebuah program siaran Hot FM dengan mempergunakan namanya bagi mempromosikan gimik m Kuala Lumpur : Ernie Zakri berasa diperbodohkan selepas diminta hadir dalam sebuah program siaran Hot FM dengan mempergunakan namanya bagi mempromosikan gimik m Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top