Beliau berkata, ia berpunca daripada kesilapan pegawai beliau yang sepatutnya menggunakan akaun peribadinya untuk menjelaskan bayaran kad kredit miliknya dan isteri namun berlaku kekeliruan sehingga dana akaun yayasan berkenaan digunakan untuk tujuan itu.

“Walaupun niat pegawai saya tidak membuat penyelewengan tetapi tatacara itu tidak betul. Oleh itu, saya telah menjelaskan kembali kesemua bayaran itu menggunakan wang simpanan saya sendiri pada 2016.

“Selain itu, saya juga telah menyerahkan segala resit pembayaran termasuk fotokopi cek bayaran yang dibuat pada 2016,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai memberi keterangan hampir tujuh jam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perkara itu di sini hari ini.

“SPRM telah mengambil kenyataan saya dengan baik sekali. ┬áTidak ada unsur penyelewengan daripada yayasan milik keluarga saya ini. – Bernama