Dalam kejadian berlaku kira-kira pada pukul 7 pagi itu, ibu bapa mangsa tiada di rumah kerana berniaga di Bukit Jelutung sejak pukul 6 pagi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, pihaknya telah merakam percakapan kakak mangsa yang berusia 14 tahun.

“Hasil percakapan awal dengan kakak mangsa mendapati, remaja berkenaan keluar menghantar adiknya yang berusia tujuh tahun ke tadika berdekatan dan meninggalkan mangsa yang sedang tertidur kerana demam.

“Apabila sudah pulang, jirannya telah memberitahu mangsa telah terjatuh dari balkoni dan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.