“Akhirnya cukai barang dan perkhidmatan (GST) sudah mati,” kata beliau sebelum rang undang-undang tersebut dibacakan kali ketiga di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon.

GST diperkenalkan oleh kerajaan terdahulu di bawah Barisan Nasional (BN) mulai 1 April 2015 pada kadar enam peratus dengan pengecualian terhadap barangan seperti daging segar, sayur, padi dan beras serta perkhidmatan seperti telekomunikasi dan akhbar dalam talian.

Kadar GST ditetapkan pada sifar mulai 1 Jun lalu oleh kerajaan Pakatan Harapan. – UTUSAN ONLINE