Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, bantahan rasmi FAM mengenai perkara berkenaan telah disuarakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada AFF, namun ia masih disiasat AFF.

“Bab bola sepak kalau ada bantahan rasmi perlu diketengahkan persatuan sendiri, dari segi kementerian, kami dah sarankan FAM untuk bertegas supaya bantahan rasmi dilakukan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Mohd. Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) yang ingin tahu status terkini mengenai bantahan berkenaan. – Bernama